syahidul fisabilillah

syahidul fisabilillah

Wednesday, April 7, 2010

perkaitan aurat dengan wanita 3(sambungan batasan aurat)

PERKAITAN AURAT DENGAN PEREMPUAN



Sebenarnya bab aurat ini amat sinonim dengankaum hawa, ini kerana Rasulullah telah bersabda :
Sesunguhnya wanita itu aurat.
( Riwayat al-Bazar dan At-Tirmizi)


Berdasarkan hadis diatas sudah menerangkan bahawa wanita adalah aurat. Aurat wanita adalah keseluruhan badan apabila bersama lelaki yang bukan muhrim kecuali muka dan tapak tangan berdasarkan pandangan ulama. Tetapi pada zaman sekarang wanita sudah menunjukkan bahawa mereka tertekan dengan bab aurat ini. Tetapi adakah itu persoalan yang semestinya kita huraikan. Apa yang patut kita huraikan adalah adakah mereka yang mahu menutup aurat seperti yang kita ketahui.

Adakalanya apabila kita tanya kenapa tidak menutup aurat, ada dikalangan mereka yang menjawab tidak selesa berpakaian sebergitu kerana merimaskan. Ada yang kata tidak boleh memakai tudung kerana kulit kepala sering gatal. Adakah alasan sebergini dapat diterima.Sudah tentu tidak, alasan sebergini hanya akan muncul jika mereka tidak di didik sejak awal lagi. Oleh itu, semua ini hanya bergantung diatas kemahuan seseorang.

Kaum hawa sering terbawa-bawa dengan fesyen sekarang. Mereka sering berkata jika menutup aurat akan menyebabkan mereka seperti wanita pada zaman 1950-an. Tetapi adakah fesyen lebih penting dari hukum Allah. Sudah tentu tidak. Hukum Allah tidak melarang untuk memakai pakaian yang mengikut peredaran masa. Lihat zaman sekarang banyak butik yang dibuka yang berlandaskan fesyen islam. Malahan terdapat juga rancangan yang menunjukkan fesyen muslim pada zaman sekarang. Misalnya “BUSANA”, rancangan yang menunjukkan gaya muslimah pada zaman sekarang.

Kaum hawa juga sering memakai pakaian yang bertabarruj. Apa itu tabarruj. Berdasarkan pendapat Abu Ubaidah “ tabarruj bermaksud seorang wanita yang menampakkan kecantikannya yang memungkinkan orang lelaki ghairah kepadanya”
( tafsir al-Ausiy,jdl 21 halaman 8)

Tabarruj ini boleh dikatakan menampakkan perhiasan dan tubuh badan yang sepatutnya ditutup. Kaum hawa sering menunjkkan perhiasanya kepada kaum lelaki. Mereka memakai solekan yang tebal dan mengayakan pakaian yang idak menutup aurat. Keadaan ini amat berbeza dengan firmat Allah:
“ Dan hendaklah kamu tetap di rumah mu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku tabarruj seperti orang jahiliah dulu”
( surah al-Ahzab, ayat 33)

Kesimpulan yang dapat kita lihat ialah, wanita adalah kaum yang sangat dituntut untukmenutup aurat. Tuntutan ini dapatkita lihat dalam kebanyakn hadis dan surah.

No comments:

Post a Comment

sekadar halwa dariku


islamic cursor

Islam Ornamental Art