syahidul fisabilillah

syahidul fisabilillah

Saturday, December 12, 2009

10 perangkap SYAITAN



















10 Perangkap Syaitan
www.iLuvislam.com


Mengikut para ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui sepuluh pintu:

1. Melalui sifat bohong dan angkuh

Dua sifat inilah yang amat mudah tersemai dan menyubur dalam diri manusia. Ia berpunca daripada keegoan manusia itu sendiri yang lazimnya akan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan.

2. Melalui sifat bakhil dan kedekut

Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan ALlah yang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak. Ia boleh digunakan untuk membantu kesempitan hidup orang yang memerlukan sama ada melalui kewajipan berzakat atau bersedekah.

3. Melalui sifat takbur dan bongkak

Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang merasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Mereka terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan yang dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa saja. ALlah Taala berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang takbur.'' (An-Nahl:23)

4. Sifat khianat

Khianat yang dimaksudkan bukan sahaja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi sebarang bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya.

5. Sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat

Junjungan RasuluLlah s.a.w. selalu menasihati para sahabat baginda agar menjauhkan diri masing-masing daripada menjadi golongan manusia yang dibenci Allah, iaitu golongan yang tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain.

6. Melalui sifat hasad

Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam yang berpanjangan. RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering " (Riwayat Bukhari dan Muslim).

7. Melalui sifat suka meremehkan orang lain

Sifat ego manusia ini selalunya akan lahir apabila seseorang individu itu merasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain. Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dia miliki. Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik iaitu orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil.'' (Riwayat Muslim).

8. Melalui sifat ujub atau bangga diri

Menurut Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang sahaja.'' (Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)

9. Melalui sifat suka berangan-angan

Islam adalah anti kemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia. Mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impian yang tinggi tetapi amat malas berusaha untuk memperolehnya.

10. Melalui sifat buruk sangka

Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidiki terlebih dulu amat dicela oleh Islam. RasuluLlah s.a.w. bersabda yang bermaksud: ``Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang telah rosak dirinya.'' (Riwayat Muslim)




Tuesday, December 8, 2009

Globalisasi menundukkan BATASAN

Dunia semakin cepat menuju ke arah globalisasi, tetapi malangnya aspek dan nilai-nilai keagamaan telah diubahsuaikan agar selaras dengan kehidupan seharian. Ini terbukti dengan pemakian yang menutup aurat di kalangan muslimah di negara ini. Tidak seperti di negara lain,cara pemakaian yang memenuhi etika islam di kalangan wanita semakin hilang bersama arus pemodenan.

Menyentuh tentang pemakaian mengikut kehendak islam, kita boleh lihat pelbagai jenis rekaan sama blaus, baju kurung, jubah, seluar dan tudung yang dihasilkan daripada pelbagai jenis tekstil dan dihiasi dengan aksesori tambahan boleh didapati di kedai-kedai pakaian, butik atau pasaraya.

Memang tidak dapat dinafikan muslimah sekarang tampil dikhayalak ramai dengan memakai tudung tetapi dari segi pemakain, mereka sebenarnya tidak faham tentang aurat dengan memakai baju singkat dan seluar ketat. Mereka juga mengenakan tudung tetapi masih terdedah di bahagian dada dan bertudung jarang hingga memperlihatkan batang leher.

“Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang terbaik”

Al-Araaf:26

Sebenarnya, wanita yang tidak bertudung hanya dipandang normal oleh masyarakat berbanding wanita yang bertudung tetapi mempamerkan bentuk tubuh. Pemakaian berginilah yang menaikkan nafsu atau dengan erti kata lain banyak mata akan memandang.

Jadi, siapa yang harus dipersalahkan apabila kes raba, rogol dan gangguan seksual semakin meningkat di negara kita.Kaum wanita akan melenting sekiranya mereka digelar ‘mahluk erotis’, pdahal mereka sendiri yang mempamerkan setiap cabang erotis pada tubuh mereka.

Kita bukan menyalahkan kaum wanita terhadap jenazah seksual tersebut tetapi fahamilah kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang.

“Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya







sekadar halwa dariku


islamic cursor

Islam Ornamental Art