![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh6-o9HtHU3hYXc2z7hYDUM6GMnOjAZcdJEJ0erz7R7cINJFDPyx7L0kQkKW0KePDfHK_rR-sqf9hpsHleELaQadUEzVJz8A5sIXti5850v2DtN5VRRJv9BLwUccNQ_yJXTdU-vum6aLeAQ/s320/101971072l_t2%5B1%5D.jpg)
DEFINISI AURAT
Apakah itu AURAT……
Aurat adalah sesuatu benda yang ada di badan manusia. Dengan menjaga aurat kita dapat menjaga perbatasan kita dengan manusia yang lain. Aurat dari segi bahasa ialah bermaksud keaiban. Ia diambil dari bahasa arab yaitu “aurah”.
Aurat menurut pengetian syarak ialah bahagian-bahagian tertentu pada tubuh badan manusia yang wajib ditutup dari pandangan…Dalam agama islam, aurat adalah sebahagian tubuh badan ataupun keseluruhan badan manusia yang wajib ditutup dan dilindung dari pandangan asing kerana perintah ALLAH Swt.
Jika dapat kita fikirkan dengan waras, adakah kita hendak menunjukkan “keburukan” kita kepada orang lain. Sudah tentu tidak. Aurat ini dapat membangkitkan perasaan yang kurang elok bagi sesiapa yang melihatnya. Dapat juga kita katakan bahawa aurat itu adalah kehormatan diri bagi semua manusia. Aurat ini seharunya dijaga dan tidak boleh ditunjukkan kepada orang lain. Ini akan menyamakan kita dengan golongan jahilliah yang tidak suka menutup aurat, ataupun dengan pelacur yang memperagakan tubuhnya kepada tatapan umum untuk mencari keseronokan yang sementara. Perbezaan batas-batas aurat bagi seseorang ialah kerana hubungan dan persemendaan ( kerana pertalian akibat perkhawinan, seperti mentua, menantu, ipar dan sebagainya) serta penyusuan.
Secara umunnya aurat lelaki adalah dari pusat hingga lutut manakala permpuan seluruh badan kecuali tapak tangan dan juga mukannya.
BATAS AURAT WANITA
Wanita merupakan golongan yang lemah. Mereka sering kali menunjukkan aurat mereka untuk menarik perhatian kaum lelaki di sekeliling mereka. Dalam islam batas-batas aurat wanita telah diterangkan dengan lebih terperinci sekali. Malahan batas-batas turut diperjelaskan oleh ulama mazhab berdasarkan syariat islam.
Diantara batas-batas aurat yang diperjelaskan ialah aurat wanita dihadapan lelaki bukan muhramnya ialah seluruh tubuh. Ini bererti ia termasuk rambut, muka, kedua tapak tangan zahir (belakang tangan) dan batinnya (telapak tangan), juga kedua tapak kakinya.
Ini dapat kita lihat berdasarkan sabda Nabi SAW:
Sesunguhnya wanita itu aurat.
(Riwayat al-Bazar dan At-Tirmizi)
SYARAT DAN HAD-HAD AURAT WANITA
Islam telah menyatakan atau telah membataskan aurat lelaki dan perempuan. Aurat bagi lelaki adalah dari pusat hingga ke bawah lutut. Manakala aurat wanita adalah menutup seluruh badan kecuali tapak tangan dan muka. Aurat lalaki tetap sama walaupun berada dimana sahaja. Tetapi perempuan terdapat beberapa perbezaan.
Had aurat wanita
Aurat ketika sembahyang
Aurat wanita ketika sembahyang ialah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Tetapi kaum perempuan diwajibkan menutup aurat di bawah dagu.
Aurat ketika persendirian
Aurat wanita ketika mereka bersendirian ialah bahagian atas pusat dan di bawah lutut. Ini bererti bahagian tubuh yang tak boleh dilihat ialah di atas pusat dan di bawah lutut.
Imam Hanafi dan Imam Hambali berpendapat
Sebagaimana dilarang seorang mukallaf (orang yang ituntut beramal dengan suruhan dan meningalkan larangan) mendedahkan aurat ketika berhadapan dengan orang yang dilarang melihat auratnya, maka demikian juga dilarang mendedahkan auratnya ketika ia bersendirian, kecuali ketika darurat atau terpaksa dibuka, seperti ketika berhadas kecil hajat atau ketika mandi. Ketika darurat diharuskan membukanya.
Sementara pendapat Imam Maliki dan Iman Syafie ialah
Ketika seseorang itu bersendirian, tidak diharamkan mendedahkan auratnya, Cuma makruh, kecuali ketika darurat. Ketika darurat diharuskan membukanya.
Berdasarkan hadis di atas dapatlah kita lihat bahawa kaum wanita tidak digalakkan membuka aurat walaupun bersendirian.
Aurat ketika bersama mahram
Pada kebiasaannya aurat seseorang wanita ialah di atas pusat dan dibawah lututnya jika bersama mahramnya. Tetapi wanita diminta ataupun dituntut untuk menutup bahagian tubuh yang akan menaikkan nafsu sesiapa walaupun beliau adalah mahram dengan wanita tersebut. Ini kerana bagi menjaga adab dan memperhalusi akhlak wanita tersebut. Ia juga dapat menimbulkan fitnah seperti sumbang mahram jika tidak dijaga adab-adab tersebut. Begitu juga dengan wanita sahaya( hamba wanita), auratnya dengan lelaki yang mahram dengannya ialah diantara pusat dan lutut.
Seperti dalam surah An-Nur ayat 31, golongan yang menjadi mahram bagi sesetengah wanita ialah suami, ayah termasuk datuk, bapa mentua, anak-anak lelaki termasuk cucu sama ada dari anak lelaki atau anak perempuan, anak-anak suami, saudara lelaki kandung atau seibu atau sebapa, anak saudara lelaki, anak saudara perempuan, sesame wanita, hamba sahaya, pelayan yang tak mempunyai nafsu syawat dan anak-anak kecil yang tak mempunyai nafsu.
Aurat dengan lelaki ajnabi
Aurat wanita dengan lelaki ajnabi adalah keseluruhan badan. Berdasarkan pendapat imam mazhab, mazhab Syafie. Pendapat pertama beliau ialah aurat wanita merdeka di hadapan lelaki ajnabi ialah seluruh badan tanpa kecuali.pendapat ini adalah paling sahih dalam Mazhab Syafie. Pendapat kedua pula ialah aurat wanita merdeka di hadapan lelaki ajnabi ialah seluruh badan kecuali muka dan dua tapak tangan. Walau bagaimanapun jika terdedah muka dan dua tapak tangan boleh menimbulkan fitnah, maka ketika itu wajiblah menutup keseluruhan badan tanpa kecuali.
Maksud fitnah yang dinyatakan di atas adalah apa yang lahir pada dirinya yang boleh menaikkan nafsu, begitulah menurut As-Soheh (sahabat Imam Syafie).
Walaupun begitu terdapat pendapat yang menyatakan walaupun berada dalam keadaan tudak timbul fitnah, apabila melihat muka dan dua tapak tangan wanita(oleh lelaki ajnabi) hukumnya adalah makruh, kerana kawasan itu dilarang buka.
Aurat dengan wanita kafir
Aurat wanita muslimah dengan wanita kafir adalah seluruhan badan kecuali muka dan tapak tangan. Penyataan diatas dikuatkan lagi dengan surah An Nur ayat 31:
Janganlah para wanita muslimah menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada wanita-wanita islam……
Hamper semua ulama berpendapat bahawa aurat wanita muslim dihadapan wanita kafir adalah seperti wanita yang sedang melakukan kerja rumah seharian. Maksud “ wanita yang sedang melakukan kerja rumah seharian“ ialah berpakaian sempurna dan menutup aurat.
No comments:
Post a Comment