syahidul fisabilillah

syahidul fisabilillah

Sunday, December 19, 2010

kunci kepada kebahagiaan

1. iman kepada Allah dan beramal soleh
2. beriman kepada qada dan qadar
3.yakin dengan pertolongan Allah
4.banyakkan berzikir dan membaca al-Quran
5.berbuat baik kepada manusia
6.memandang urusan dunia lebih rendah daripada urusan akhirat
7.tidak tamak dunia dan sentiasa mengigati mati
8.rindu akan akhirat
9. bersahabat dengan orang soleh
10.gemar memaafkan

Monday, December 6, 2010

menjadi tunang orang tanpa disedari

Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?

Jawapan

Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.

Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."

"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.

Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.

Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.

Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?

Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?

Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.

Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?

Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.

Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.

Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.

Sekiranya kita memang betul-betul sudah menjadi tunangan orang, bacalah artikel 'Disiplin Islam Dalam Pertunangan' dan 'Bagaimana Bercouple Cara Islam?'

- Artikel iluvislam.com

- Artikel diolah dari ceramah Ustaz Azhar Idrus.

Sumber Grafik : Koleksi Gambar iluvislam.com

"Jangan samakan tunang dari segi adat dengan tunang dari segi syarak. Ramai di antara kita tahu tentang tunang dari segi adat; ada hantaran dan ada cincin. Sedangkan itu bukan syarat sah tunang. Cincin dalam pertunangan ibarat memakai jubah ketika solat. Ia bukanlah suatu kemestian untuk pakai jubah ketika solat, tetapi ia sudah jadi kebiasaaan. Itu sahaja. Tak ada jubah, tak bermakna tak sah solat." - Rabie Rusdi

Sunday, December 5, 2010

EMPAT LELAKI YANG DIHERET WANITA KE NERAKA

oleh Mohd Nazirul Azlan pada pada 16hb Oktober 2010 pukul 1.28 pagi

1. ayah.

apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuanya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anaknya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau hanya memberikan kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik oleh anaknya ke naraka.

2. suami

apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami. Tetapi untuk orang lain yang bukan mahram. Apabila suami mendiamkan diri walaupun seorang yang alim, solatnya tidak pernah tinggal dan x pernah bertangguh, puasa tidak tinggal. maka dia akan ditarik oleh isterinya ke neraka.

3. abang.

apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah terjatuh di bahu abang-abangnya dan saudara lelaki.

Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiarkan melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya ke neraka.

4. anak-anak lelakinya

apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuannya yang haram di sisi agama Islam. Bila ibunya membuat kemungkaran , mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya. maka anaknya akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat nanti. maka nantikan tarikan ibunya ke neraka.

oleh itu saudari-saudari yang dihormati, mahukah golongan seperti diatas memasuki neraka kerana kita. Adakah begini cara kita membalas jasa dan kasih sayang mereka dahulu. Ayah, suami, abang dan anak-anak adalah golongan yang dekat dengan kita. marilah kita merenung setiap perbuatan kita yang dapat memberi kesan kepada mereka. Ingatlah setiap perbuatan ada balasannya. Slamat beramal. wasalam..

rujukan ILUVISLAM.COM

cinta itu seperti garam

Amir dan isterinya sedang berada di dapur.

"Abang, sayang minta maaf kerana abang yang terpaksa memasak pada hari ini."

Amir tersenyum.

"Sayang sudah masakkan makanan yang sedap untuk abang hampir setiap hari. Kali ini, biarlah abang pula yang memasak untuk sayang. Sayangkan demam, sayang berehatlah."

Aisyah berkata,

"Tugas memasak, abang serahkanlah kepada Aisyah. Abang sudah seharian bekerja untuk mencari rezeki. Kini giliran Aisyah pula untuk melayani abang. Memasak dan melayan abang adalah kerehatan untuk Aisyah."

Amir berkata,

"Malam ini, biarlah abang yang memasak untuk Aisyah. Bukan selalu Aisyah dapat merasa masakan abang. Aisyah bimbang masakan abang tidak sesedap masakan Aisyah?"

Aisyah tersenyum dan berkata,

"Masakan abang tentulah sedap, tetapi tidaklah sesedap masakan Aisyah."

Amir tersenyum dan membalas,

"Masakan abang makin bertambah sedap. Selepas ini Aisyah akan merayu-rayu meminta abang supaya memasak untuk Aisyah."

Aisyah tersenyum dan berkata,

"Aisyah tahu, abang memasak menggunakan perencah kasih sayang, sebab itulah masakan abang makin bertambah sedap."

Amir tersenyum dan bertanya kepada Aisyah.

"Sayang, berapa banyak garam yang perlu abang masukkan ke dalam masakan ini?"

Aisyah menjawab,

"Abang masukkanlah garam dengan secukup rasa. Jangan terlalu banyak dan jangan terlalu sedikit."

Amir menjawab,

"Boleh sayang tolong abang untuk masukkan garam ke dalam masakan ini? Abang terpaksa mengalah, sayang lebih pakar dalam hal memasak berbanding abang."

Aisyah tersenyum dan menolong suaminya.

"Abang tahu kenapa kita kena masukkan garam dengan secukup rasa sahaja? Kenapa tidak boleh terlalu banyak atau tidak boleh terlalu sedikit."

Amir menjawab,

"Tukang masak profesional mahu menguji abang, ya? Kalau terlebih garam, masakan akan jadi masin dan kalau terkurang garam pula masakan akan jadi tawar."

Aisyah tersenyum.

"Kalau garam perlu dimasukkan dengan secukup rasa, bagaimana pula dengan cinta?"

Amir tersenyum dan menjawab,

"Abang mungkin kalah dengan Aisyah dalam hal memasak, tetapi abang tidak mahu kalah dengan Aisyah dalam soal cinta."

Aisyah tersenyum dan Amir meneruskan kata-katanya,

"Abang berikan cinta abang kepada Aisyah dengan secukup rasa. Cinta yang abang berikan kepada Aisyah, tidak lebih dan tidak kurang. Semoga cinta antara abang dan Aisyah tidak akan melalaikan kita daripada mengingati Allah."

Aisyah tersenyum dan berkata,

"Abang memang pakar dalam bercinta. Makin hari, makin Aisyah cinta kepada abang. Kadang-kadang, Aisyah rasa abang adalah pakar bius. Aisyah dibius cinta."

Amir tersenyum.

"Nasib baik abang tidak menjadi doktor. Kalau tidak, ramai pula pesakit yang terbius dengan bius cinta abang."

- Artikel iluvislam.com

Friday, December 3, 2010

Memiliki Qalbun Salim (Hati Yang Sejahtera)

(http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/1244-memiliki-qalbun-salim-hati-yang-sejahtera.html )

Umum mengetahui bahawa hati merupakan penentu tindakan seseorang sama ada bertindak secara rasional atau tidak.Dalam ayat yang mudah sama ada segala tindakan yang dilakukan itu merupakan satu tindakan yang menjurus ke jalan yang diredhai Allah atau sebaliknya. Hati juga adalah raja dalam kerajaan diri.

Tanyalah diri kita, adakah segala kebaikan yang dilakukan selama ini dikuasai oleh hati yang mengikut telunjuk syaitan atau pun hati yang benar-benar ikhlas untuk mendapatkan keredhaan Allah. Betapa sukarnya mendidik hati yang sentiasa menjadi rebutan antara malaikat dan syaitan ini.

Itulah peperangan yang perlu dilalui oleh setiap mukmin bagi mendapatkan qalbun salim. Sudah pasti setiap mukmin tidak mahu menyimpan hati yang sakit, hati yang dikuasai oleh sifat mazmumah serta begitu sedikit atau tipis sifat mahmudah yang bertandang dalam diri. Begitu juga dengan hati yang mati, hati yang tiada nur, hati yang penuh dengan titik-titik dosa atau noda yang pasti membuatkan manusia itu lupa atau lalai dengan tujuan hidupnya di dunia.

Bagaimana hendak mendapatkan hati yang dilimpahi nur-Nya yang dapat mengubah kehidupan manusia itu sendiri? Bagaimana hendak berdakwah sesama mukmin, begitu juga dengan ahli keluarga sendiri yang kadang-kala terlalu banyak dugaannya berbanding orang lain yang harus dijalani?

Pokok pangkalnya semuanya berpunca dari hati, hati yang cintakan sesama Islam, sesama saudara seagama, kaum keluarga, hati yang ingin mengubah diri, hati yang mencintai kebaikan. Tetapi mampukan kita istiqamah kerana terlalu besar peperangan dengan syaitan ini. Sama ada kita mampu melaluinya atau tidak, itulah kehidupan yang perlu dilalui dan dijalani.

Bagaimana hendak memperoleh hati yang sejahtera ini? Hati yang sejahtera dari syirik, syak, was-was, hati yang sejahtera dari bintik hitam dosa, hati yang sejahtera dari cinta kepada dunia serta hati yang sejahtera dari sifat mazmumah? Adakah hanya memadai dengan solat, dan membaca Al-Quran semata-mata?

Bagaimana pula dengan niat semasa mengerjakan ibadah tersebut? Adakah kerana inginkan pujian manusia? Atau adakah kerana sebab-sebab lain? Pokok pangkalnya bagi memperoleh hati yang sedemikian rupa adalah dengan keikhlasan yang amat tinggi dalam hati kita. Hanya dengan ikhlas melakukan ibadah dan amalan kebajikan dapat membentengi diri dan menjadi pendinding daripada hasutan syaitan.

Sabda Rasulullah SAW: Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah.

"Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa dan harta benda kamu, tetapi Allah memandang hati dan amal kamu". Peganglah hadis ini, semoga menjadi dorongan dan pedoman serta panduan kepada kita.

Bagaimana hendak membentuk hati yang sejahtera? Semoga Allah memberi kita kelapangan masa dan peluang bagi mempelajari ilmu berkaitan hati. Muhasabahlah diri kita, jangan memandang hina kepada sesiapa pun walau kepada manusia yang berperangai buruk sekalipun.

Aturlah masa sebaik-baiknya kerana;

Demi masa:Sesungguhnya manusia itu sentiasa berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.Surah Al-Ashr.

Jagalah makan dan minum kita dari makan yang haram dan syubhat. Di sekeliling kita, manusia terlalu terdedah dengan makanan-makanan segera. Marilah sama-sama kita mengimarahkan masjid,beristighfar dan bertaubat, memelihara diri daripada dosa, membuang sifat mazmumah, berjihad melawan nafsu,menyuburkan amalan soleh, bersahabat dengan orang soleh, istiqamahkan zikir dan Al-Quran, sentiasa mengingati mati dan paling utama berdoa kerana doa itu senjata mukmin.

Akhir kata, berusahalah kita mendapatkan nur yang gemilang bagi hati. Semoga kita tergolong dalam manusia yang dipilih oleh Allah ke jalanNya. Marilah kita bersama-sama istiqamah dalam segala amalan kita, meskipun kita mendapat cacian orang sekeliling kerana sesungguhnya amalan yang ikhlas pasti dapat membantu kita mendapatkan qalbun salim.

- Artikel iluvislam.com

sekadar halwa dariku


islamic cursor

Islam Ornamental Art