cinta Ilahi, cinta sejati membawa berkat kekal abadi, cinta manusia tidak berguna jika tiada restu agama.
Wednesday, April 7, 2010
aurat di sisiku. (samb. batasan aurat)
FAKTOR YANG MENYEBABKAN MASALAH BERKAITAN AURAT BERLAKU
Zaman sekarang banyak kita lihat remaja memakai pakaian yang menjolok mata. Mereka dengan bangganya menunjuk bahagian tubuh mereka yang tidak sepatutnya ditunjukkan kepada khalayak ramai. Tanpa mereka sedari mereka telah mengumpan kemarahan ALLAH swt.
Cara pemakaian pakaian masyarakat kita sekarang ini terlalu mengikuti budaya barat yang kurang elok dipakai oleh kita terutama masyarakat yang mengamalkan budaya ketimuran. Fesyen barat ini sering kali diperkatakan moden. Masyarakat sekarang terutama sekali para remaja adalah mangsa kepada fesyen tersebut. Sebenarnya fesyen yang dianjurkan oleh barat ini adalah senjata rahsia untuk melemahkan Islam. Mereka meracuni fikiran remaja dengan cara berpakaian sebegini. Selain itu juga, para remaja islam menjadikan artis barat sebagai idola mereka. Mereka akan mengikut apa saja yang dilakukan oleh artis itu kerana fanatik dengannya. Dengan penerangan diatas boleh dikatakan bahawa budaya barat telah merebak ke dalam diri orang Islam.
Kita juga boleh katakana masalah berkaitan aurat berlaku kerana jahilnya masyarakat kita mengenai ilmu agama. Bayangkan jika sesebuah kampung yang mempunyai hampir lima puluh orang penduduk dan sebuah surau. Tetapi cuba kira beberapa orang yang akan memenuhi surau tersebut bila pangilan azan berkemandang. Kadang kala tiada. Apabila ada ceramah agama pulak boleh dikatakan penduduk dari luar yang memenuhi surau tersebut. Inilah bangsa kita sekarang, jadi tidak keterlaluan saya katakan bahawa bangsa kita lansung tidak berusaha mencari ilmu fardhu ain, tetapi terlalu mengejar dunia. Bergitu juga dengan masalah aurat, jika tiada pendekatan agama dibuat maka dapatlah masyarakat seperti sekarang. Malahan masyarakat sekarang ini boleh dikatakan menjadi hampir sama dengan masyarakat jahiliah.
Berdasarkan sabda Nabi SAW, maksudnya:
Sesunguhnya kamu akan mengikut perjalanan(cara hidup) umat-umat terdahulu (sebelum kamu) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga mereka masuk ke lubang biawak sekalipun kamu( umat Islam) akan ikut masuk juga.
Para sahabat ada bertanya :
Ya rasulullah, apakah yang engkau maksudkan itu Yahudi dan Nasrani?
Sabda Nabi SAW:
Siapa lagi!
( riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis di atas kita dapat mengetauhui bahawa Rasulullah telah mengetauhui apa yang akan berlaku kepada umat sekarang. Kerajaan juga kadangkala juga menghalang masyrakat untuk memakai pakaian yang menutup aurat. Kerajaan Perancis mengusulkan undang-undang melarang wanita memakai tudung.
Masalah aurat juga boleh datang dari rumah. Di rumah masalah aurat berlaku apabila ibu bapa tidak mengambil tahu mengenai anak-anak mereka. Oleh itu anak-anak akan merasa bebas untuk melakukan apa sahaja yang dikehendaki oleh mereka. Dari sini kita dapat lihat didikan dari rumah amat penting bagi setiap insan. Kata-kata falsafah ada menyebut melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kanak-kanak dikiaskan sebagai buluh dan yang membentuk buluh itu adalah ibu bapa. Jadi apabila tugas ini diabaikan maka akan menghasilkan sesuatu yang berbeza. Jika penerangan mengenai aurat tidak dimulakan sejak kecil dan dimulakan oleh ibu bapa, maka akan terhasilah generasi yang dangkal mengenai ilmu agama dan terus mengikut apa yang tidak sepatutnya.
Media massa juga memainkan peranan dalam masalah aurat ini. Media massa kadang kala menunjukkan sesuatu yang tidak patut ditunjuk kepada para remaja. Media massa menunjukkan pertandingan yang melibatan fesyen antarabangsa yang melibatkan pertunjukka pakaian yang keterlaluan. Tambahan pula jika pakaian seperti itu pulak dipakai oleh artis tempatan dan luar negara. Maka berkoyon-koyonlah remaja terutama sekali remaja perempuan mencari dan membeli pakaian seperti tersebut. Padahal Imam Az-Zawajir berkata:
Sesetengah darirada fitnah yang dibuat oleh kaum wanita ialah… mereke yang berpakaian yang jarang dan ketat yang menampakkan susuk tubuh mereka kepada lelaki ajnabi(bukan muhram) dengan mereka. Semuanya tabarruj(solekan dan fesyen pakaian) yang dilarang dan dilaknat oleh Allah.
Faktor sekeliling juga membawa kepada masalah aurat. Ini kerana pengaruh dari persekitaran juga akan menbentuk seseorang. Pengaruh dari rakan sebaya adalah didalam hidup kita. Kadang kala ia akan membawa kepada kebaikan, tetapi yang membawa ke arah keburukan itu yang amat di takuti oleh kita. Ini kerana ia akan melibatkan perasaan ingin mencuba kita. Sebagai remaja khasnya remaja perempuan selalunya terikut-ikut dengan gaya kawan-kawannya. Mereka akan mencuba apa sahaja yang dilakukan oleh rakan-rakan mereka sehingga dari segi berpakaian. Ini kerana wanita yang tidak menutup aurat ketika berada diluar rumah adalah salah satu golongan perempuan yang ada di neraka
Semua faktor diatas adalah menyebab utama masalah aurat berlaku. Remaja berpakaian singkat, sendat dan jarang sudah menjadi salah satu pemandangan biasa di setiap bandar. Masyarakat islam seakan sudah perduli akan masalah ini. Pemimpin kita pula berkata “ Negara kita negara contoh Negara Islam, negara kita negara islam hadhari”. Tetapi adakah betul kata-kata pemimpin kita tersebut, sedangkan remaja masih lagi terbiar dengan cara hidup orang bukan islam. Mengapa forum-forum agama yang disiarkan di kaca telivesyen tidak membincangkan mengenai isu ini. Jawapannya ialah pemimpin kita juga tidak menjadi seperti yang beliau katakan. Bagaimana ia boleh menjadi sumber idola kepada masyarakat kita.
KESAN DARIPADA MASALAH AURAT
Kesan tehadap masalah aurat ini telah dilihat sejak dahulu lagi tetapi hanya masyarakat kita sahaja yang tidak menyedari akan hakikat ini. Kesannya timbul dari segi Negara, masyarakat dan individu.
NEGARA
Kesan masalah aurat terhadap negara adalah negara akan menjadi bermasalah. Ini kerana remaja yang menjadi tongak negara berkhayal dalam dunia mereka. Imej negara kita juga akan tercemar. Ini kerana negara sebagai negara islam akan tercemar oleh masalah rogol yang berlaku. Ia akan menyebabkan negara akan dipandang rendah oleh negara lain. Malahan peminpin negara itu juga mendapat dosa kerana tidak menjalankan tanggungjawab sebagai kalifah di negara tersebut. Para pemimpin tidak menjalankan hukum islam qisas dan hudud. Negara juga akan dikenali sebagai tempat maksiat kerana masalah sosial seperti masalah rogol berlaku.
MASYARAKAT
Masyrakat juga akan menjadi mundur dalam bidang agama Islam dan kerohanian. Ini kerana masyarakat yang tidak mengikut perintah Allah mendapat
balasan di dunia dan akhirat. Jenayah sosial separti rogol akan sering kali berlaku kerana perempuan yang tidak menutup aurat akan menimbulkan nafsu kepada kaum lelaki kurang ilmu agama. Dan mereka akan berusaha untuk mendapatkannya walaupun susah ataupun senang. Kes haruan makan anak seperti ayah rogol anak dan atuk rogol cucu sering kali kedengaran pada masa sekarang. Malahan kes bayi terbiar juga semakin bertambah sekarang sekarang. Kes-kes seperti di atas akan mencemarkan nama baik bangsa itu dan agama bangsa tersebut.
INDIVIDU
Bagi individu pula, mereka akan merasa takut untuk pergi ke mana-mana kerana masalah rogol. Tetapi bagi tatapan kita, kaum hawa yang mengakibatkan masalah rogol berlaku. Ini disebabkan oleh cara berpakaian mereka yang mampu menaikkan nafsu lelaki.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment