syahidul fisabilillah

syahidul fisabilillah

Tuesday, January 25, 2011

cerita- soalan dalam kubur,, sebagai renungan











Di bandar Madinah tinggal seorang hartawan yang kaya raya hartanya

ada di seantero dunia ( masyaallah ini worang vanyak khayalah), kehidupan

sehariannya dipenuhi dengan mengabadikan diri kepada Allah SWT bersedekah

adalah amalan tetap beliau,dengan harta kekayaan yg melimpah ruah dia tetap

dengan kehidupan yang sederhana, setiap kali datangnya musim haji dialah

orang yg paling banyak mengeluarkan sedekah.Beliau terkenal dgn baiknya dan

disukai oleh semua penduduk disana.Hartawan tersebut mempunyai 5 orang anak

yang kesemuanya sudah berkeluarga dan sibuk dengan urusan masing-masing,Yang

merisaukan si hartawan ini ialah bagaimana nanti kalau dia sudah meninggal

dunia, bagaimana nanti anaknya akan menguruskan harta nya yg banyak

itu........ kerana anak2 beliau lebih cintakan dunia..... Bagaimana nanti

kalau hartanya tidak digunakan ke jalan yg benar.

Siang malam ia bermunajat kepada Allah meminta

PETUNJUK..........DAN........ apa yg harus dilakukan...... pada suatu subuh

yang dingin, beliau telah mengumpulkan semua anak2nya untuk memberitahu

wasiatnya....wahai anak2ku tujuan abuya mengumpulkan enta semua ini adalah

untuk memberi tahu wasiat kepada kamu semua sekiranya, abuya sudah tiada

lagi didunia ini, apalagi berpandangan lah mereka kerana terbayangkan harta

bapaknya yang banyak,dan tak sabar lagi menunggu wasiat dari abuyanya......!

Begitulah kelakuan anak2nya....yg membuatkan si hartawan itu sedih....

Tetapi dengan satu syarat.....sekiranya ia mangkat nanti,ia mahu salah

seorang dari anaknya menemankannya selama tiga hari semasa ia telah

dikebumikan didalam kubur dan siapa yang sanggup dialah yg akan mewarisi

hartanya,dan dia juga yg layak utk membahagikan harta tersebut kepada

adik-beradik yg lain.... sekiranya tiada yg sanggup hartanya akan diwakafkan

kepada orang miskin.

Terkejut katak lah anak2nya....... lalu mereka meminta untuk berbincang

adik- beradik, abang yg sulung mengesyorkan agar diupah orang kampong yg

miskin hidupnya untuk menemankan abuyanya semasa didlm kubur,sebab abuyanya,

takkan tahu siapa yg menemankannya nanti kerana sudah mangkat dan selepas

itu kita berikannya upah yang banyak dan menjadi kaya raya, kesemuanya

bersetuju dgn cadangan tersebut, dan segera memberitahu yang mereka

bersetuju dgn syarat tersebut,Abuya sungguh bangga dgn anaknya yg

sulong...... kerna pada anggapannya anaknya itu akan menemankannya

nanti.....syukur katanya dlm hati.

Keesokan harinya........

Maka kesemua anaknya pergilah keseluruh pelusok kg untuk mencari sesiapa yg

sanggup menemankan abuyanya.. tetapi malang tiada siapa yg sanggup untuk

tidur didlm kubor selama 3 hari dgn mayat,ini kerja gilo kata orang kg..

setelah penat mencari' si sulong sudah hampir putus asa dan berehat di

padang rumput yg dipenuhi kambing biri-biri..... dan ternampak seorang

lelaki yg gagah dgn segulung tali di lengannya. Mungkin ini sipengembala

kambing,baik aku cuba offer dgn dia... fikirnya..

Dia pun menemui sipengembala kambing tersebut, bertanya akan kehidupannya,

lalu sipengembala memberitahu keadaannya yg miskin kehidupannya kais pagi

makan pagi kadang2 ia tak makan sampai 3 hari, kesiaan kata sisulong kepada

nya, Lalu si sulong berkata mahukah kau menjadi kaya wahai sipengembala

kambing, mestilah mahu jawapnya.... dan menceritakan tujuanya dan dgn syarat

...... Sipengembala kambing tersebut bersetuju..... kerana dgn 3 malam

sahaja dia akan menjadi seorang saudagar

kayyyyyyyaaaaa! Yahoooo......!!! "Ana khyalah...." teriak sipengembala tu

,"ini kerja senang katanya kalau satu bulan pun ana boleh.." kata si

penegembala kambing.

Dipendekkan cerita, selepas sepurnama berlalu maka mangkatlah abuyanya....

maka bersedih bercampur gembiralah semua anaknya. Dan segeralah si abang

sulong mencari sipengembala kambing tersebut agar menemankan arwah abuyanya

seperti mana yg telah dipersetujui, utk tinggal didalam kubor selama 3 hari

3 malam. Maka dgn segulung tali yg sentiasa berada ditangannya,

lalu dia dengan bangganya.. masuklah kedalam kubor dan tidur bersebelahan

mayat abuya, cuma dipisahkn dgn papan penutup liang lahat. Setelah Arwah

abuya selamat dikebumikan dan ditalkin, maka tinggallah Sipengembala kambing

bersama tali dan jenazah Abuya. Di dalam kubur yang gelap gulita itu

membuatkan sipengembala kambing menjadi cemas dan bau yg amat wangi

membuatkan ia berfikir siapakah orang yg meninggal ini,ini mesti orang yg

beriman,,,, sedang asyik berfikir........ terdengar suara garau memberi

salam,maka terperanjatlah sipengembala tersebut, dlm fikirannya mungkin

salam tersebut ditujukan pada jenazah disebelahnya, jadi ia mendiamkan diri

sahaja..... namun tiada jawapan, sekali lagi salam diberikan dgn suara yg

bertambah

garau, bertambah kecut perutlah kawan tu... tetap ia mendiamkan

diri.....masih tiada jawapan, sipengembala tersebut terfikir mungkin salam

itu ditujukan kepadanya...... terdengar salam yg ketiga dgn suara yg amat

menakutkan, dgn terketar2 dia menjawap salam tersebut......

"waalaikumssssssalam... siapa kamu?"

"Wahai orang yg membawa tali,mengapa kau ada disini..?" lalu dia

menceritakan perkara yg sebenarnya........ kemudian suara itu bertanya lagi,

"apa yg kau bawa itu?", "Tali "jawapnya... "apa guna tali itu..?" suara itu

bertanya lagi, "utk memudahkan aku menjaga kambingku dan kerja yg bakal

kulakukan..", suara itu bertanya lagi...... "dari mana engkau dapat tali

ini?" "bagaimana cara kau mendapatkan tali ini...?" , "dari sumber mana kau

beli tali ini...? , suara itu terus bertanya mengenai tali tersebut...

sehinggalah sampai hari yg ketiga, Anak si arwah tadi pun menggali semula

kubor tersebut dan mengeluarkan sipengembala

tadi,dengan muka yg pucat lesi macam cicak tertelan ular ia menggigil

ketakutan, membuatkan anak abuya menjadi bingung,maka bertanyalah ia kepada

gembala tersebut mengenai ganjaran yg ia mahu, mintalah sebanyak mana pun,

kami akan berikan padamu wahai pengembala.... katanya, Lalu pengembala

kambing tersebut memberitahu bahawa aku tidak mahu satu sen pun harta dari

kamu wahai orang muda.... "mengapa..?" tanya si sulong, lalu dia

menceritakan apa yg berlaku semasa didalam kubor selama 3 hari itu....

sedangkan tali yg aku bawak ini pun sampai 3 hari masih belum habis

ditanya.... inikan pula harta yg banyak .... nasib baiklah kau dah keluarkan

aku kalau tidak tak taulah apa nak jadi.. macam mana aku nak jawab.........!

berapa lama pulak aku

nak jawap dgn harta yg begitu banyak.... jadi kau simpanlah harta kau tu

baik2 kau gunakan dgn sebaiknya..

Maka si pengembala terus beredar dari situ dgn seribu keinsafan...

>>>Cuba kau orang fikir, kalau2 ada harta syarikat, korang dah rembat

>>>sendiri.. mau ingat berapa lama nak jawap

>>>ooooooiiiiiiii.......!!!!!!!!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment

sekadar halwa dariku


islamic cursor

Islam Ornamental Art