syahidul fisabilillah

syahidul fisabilillah

Friday, January 14, 2011

mengapa doa tidak termakbul

Antara Sebab Mengapa Doa Tidak Dimakbulkan

Dari Syaqiq al Balkhi berkata : " Adalah Ibrahim bin Adham ( semoga Allah merahmatinya ), berjalan di pasar Basrah, maka dia dikelilingi oleh orang ramai dan mereka bertanya kepadanya :" Ya Abu Ishaq, Allah Ta'ala telah berfirman di dalam kitab suci-Nya :

" Mintalah olehmu sekelian kepada-Ku nescaya Aku kabulkan."

d Dan kami telah satu tahun berdoa dan belum dikabulkan!. Kata Ibrahim bin Adham ( Abu Ishaq ) : " Wahai penduduk Basrah, hatimu sekelian telah tertutup oleh 10 perkara, bagaimana doa kamu dapat dikabulkan?"

d Kamu sekelian telah mengetahui Allah Ta'ala akan tetapi belum kamu tunaikan hak-hak-Nya.

d Kamu sekelian telah membaca al-Quran, tetapi kamu belum melaksanakan isinya.

d Kamu telah mengakui syaitan sebagai musuh, akan tetapi kamu masih mentaatinya dan menyetujui seruannya.

d Kamu sekelian mengatakan bahawa kamu termasuk umat Nabi Muhammad s.a.w, akan tetapi kamu tidak mengerjakan sunnahnya.

d Kamu menyatakan diri akan masuk syurga, akan tetapi kamu tidak mengerjakan apa-apa yang akan membawamu ke syurga.

d Kamu menyatakan dirimu selamat dari neraka, akan tetapi ternyata kamu memasukkan dirimu kepadanya.

d Kamu telah menyatakan bahawa mati itu adalah yang pasti, akan tetapi kamu tidak bersiap-siap untuk menghadapi mati.

d Kamu sekelian sibuk untuk meneliti aib atau cacat orang lain, tetapi kamu tidak bercermin melihat aibmu sendiri.

d Kamu sekelian telah makan dan merasa nikmat Tuhanmu, akan tetapi kamu belum mahu bersyukur kepada-Nya.

d Kamu sekelian telah menguburkan mayat-mayat rakanmu, akan tetapi tidak mengambil pelajaran dari mereka

.

No comments:

Post a Comment

sekadar halwa dariku


islamic cursor

Islam Ornamental Art